Rabu, 6 Januari 2016

Syiling Malaysia Siri kedua (Siri Bunga Raya)

Set of Malaysia 1989 Coin, with denomination 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen and RM 1
Set Syilling Siri Kedua tahun 1989

    Syilling siri satu telah selesai saya huraikan dalam artikel syilling Malaysia siri 1, untuk denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Setelah 21 tahun pengeluaranya syilling Malaysia siri satu telah ditamatkan pengeluaranya pada tahun 1988 dan bermula pada tahun 1989 syilling siri 2 mula dieluarkan dan berbeza dengan syilling siri satu obverse syilling ini mempunyai ilustrasi yang berbeza antara denominasi yang berbeza, Manakala Reverse syilling pula menunjukkan ejaan "BANK NEGARA MALAYSIA" melingkari pada bahagian atas syilling dan di bahagian tengah sekuntum Bunga Raya yang menjadi "Trademark" sehingga digelar siri Bunga Raya, Bahagian reverse juga tertera denominasi sama ada 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen serta $1 (RM1). Serentak dengan pengenalan syilling Malaysia siri kedua BNM turut memperkenalkan syilling baru RM1 yang bersaiz lebih kecil dan mesra pengguna jika dibandingkan dengan syiling RM1 siri pertama. Berikut merupakan contoh Syilling yang Malaysia yang berada dalam koleksi BCC.


 Syiling 1 Sen Siri kedua, mempunyai rekabentuk Obverse yang tertera gendang Rebana Ubi yang merupakan satu alat muzik tradisional masyarakat Melayu.


Obverse Syiling Malaysia coin of 5 sen 1989Syiling Malaysia coin of 5 sen 1989
  Syiling 5 Sen Siri kedua, mempunyai rekabentuk Obverse yang tertera Gasing Piring yang merupakan alat permainan tradisional masyarakat Melayu.



Obverse Syiling Malaysia coin of 1 sen 1989 showing of Congkak the traditional table game of malay peopleSyiling Malaysia coin of 10 sen 1989
 Syiling 10 Sen Siri kedua, mempunyai rekabentuk Obverse yang tertera Congkak juga merupakan alat permainan tradisional masyarakat Melayu.


Obverse Syiling Malaysia coin of 1 sen 1989 showing of Tepak SirehSyiling Malaysia coin of 20 sen 1989
 Syiling 20 Sen Siri kedua, mempunyai rekabentuk Obverse yang tertera Tepak Sireh yang sinonim dengan adat isitiadat masyarakat Melayu.


Obverse Syiling Malaysia coin of 50 sen 1989, with wau bulan a traditional malay kiteSyiling Malaysia coin of 50 sen 1989
  Syiling 50 Sen Siri kedua, mempunyai rekabentuk Obverse yang tertera Wau Bulan yang merupakan satu alat permainan tradisional masyarakat Melayu terutamanya masyarakat di pantai timur semenanjung.



Obverse Syiling Malaysia coin of RM1 1989, with keris and sarong, Kriss or malay dagger a work of art of Malay blacksmithSyiling Malaysia coin of RM1 1989 ($1)
  Syilling $1 (RM1) Siri kedua, mempunyai rekabentuk Obverse yang tertera Sebilah Keris dan sarungnya yang merupakan Senjata yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dari zaman berzaman lagi.


     Pengeluaran syiling RM1 telah menjadi satu dilema kepada BNM apabila ianya menjadi sasaran penjenayah pemalsuan wang sehingga membawa kepada penamatan pengeluaranya bermula tahun 1996 dan syilling RM 1 diiystiharkan tidak sah penggunaan (Demonetized) bermula 7 Disember 2005. Kemudian pada tahun 2006 kerajaan bercadang untuk menamatkan penggunaan syilling 1 sen ekoran dari penggunaanya yang tidak lagi relevant untuk keperluan semasa. Dimana nilai satu sen sudah menjadi terlalu kecil ekoran dari keadaan ekonomi dan kadar inflasi yang telah menjadikan nilai 1 sen tidak lagi memberi impak besar dalam transaksi jual beli. Dengan itu syilling 1 sen telah dikeluarkan buat kali terakhir pada tahun 2007 dan tidak lagi dikeluarkan, peniaga akan menggenapkan nilai transaksi kepada harga 5 sen atau 10 sen yang terdekat. Syilling Malaysia siri kedua telah dikeluarkan selama 22 tahun bermula dari 1989 dan dikeluarkan buat kali terakhir pada 2011 dan selepas itu ianya digantikan dengan syilling Malaysia Siri ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan